Monday, May 24, 2010

Brazil dan coca-cola


sewaktu blog walking, terjumpa pula koleksi coca-coa bagi pasukan Brazil. Rupa-rupanya Coca-cola ada mengeluarkan koleksinya bagi tahun 1962, 1970 dan 1994, agaknya bagi tahun 2010 ada ke tak yer? bukan apa kalau ada nak lah juga cari dan buat koleksi peribadi..apa-apa pun baru lah jadi makan bola, minum bola, tidur bola dan minum coca-cola..layannnn

Sunday, May 23, 2010

Sejarah Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan

Walaupun demam bola makin terasa namun ada sesetengah dari kita yang belum mempunyai maklumat mengenai sejarah sukan termasyur ini.

Untuk pengetahuan semua Piala Dunia FIFA 2010 adalah Piala Dunia FIFA yang ke-19, 2010 FIFA World Cup South Africa ini dijadualkan akan berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai 2010 di Afrika Selatan .

Ini merupakan kali pertama kejohanan ini dianjurkan oleh negara Afrika, namun begitu pada mulanya terpadat 5 negara yang membida untuk menjadi tuan rumah bagi piala dunia ini iaitu

- Mesir
- Libya/ Tunisia (tuan rumah bersama)
- Maghribi
- Afrika Selatan

Akhirnya Afrika Selatan telah memenangi pembidaan tersebut.Sebagai tuan rumah, Afrika Selatan layak secara automatik untuk kejohanan. Namun, Afrika Selatan mengambil bahagian dalam kelayakan Piala Dunia kerana Kelayakan CAF adalah sebahagian daripada kejohanan kelayakan untuk Piala Negara Afrika 2010. Mereka adalah tuan rumah pertama sejak 1934 untuk mengambil bahagian dalam kelayakan. Afrika Selatan juga kebelakangan ini telah menganjurkan acara-acara yang berprestij seperti

* 1995: Piala Dunia Rugby
* 2003: Cricket World Cup
* 2005-2008: Kejuaraan Wanita Piala Dunia Golf
* 2006: A1 GP Motorsport

Saturday, May 22, 2010

world cup 2010 aka piala dunia 2010


Nampaknya demam bola sepak makin terasa, bukan bercakap tentang bola tempata tetapi piala dunia 2010 atau omputih panggil world cup 2010 semua peminat-peminat bola semakin tak sabar-sabar untuk menonton siaran langsung perlawanan bola, bagi yang takde astro bolehlah menonton di RTM,, tahniah buat rtm kerana menyediakan siarang langsung perlawanan bola sepak piala dunia 2010.

Berikut adalah senarai Negara mengikut Kumpulan 2010 FIFA World Cup South Africa™

Kumpulan A
Afrika Selatan, Mexico,
Uruguay, France

Kumpulan B
Argentina, Nigeria
Korea Selatan, Greece

Kumpulan C
England, Amerika Syarikat
Algeria, Slovenia

Kumpulan D
Jerman, Australia
Serbia, Ghana

Kumpulan E
Belanda, Denmark
Jepun, Cameroon

Kumpulan F
Itali, Paraguay
New Zealand, Slovakia

Kumpulan G
Brazil, Korea Utara
Ivory Coast, Portugal

Kumpulan H
Sepanyol, Switzerland
Honduras, Chile

bagi semua kaki bola pastikan team korang dikumpulan mana. yang tentu pihak kami adalah peminat Brazil.